Penentuan kadar struktur premium Insurans

Pemberi insuran menggunakan sains actuarial untuk mengukur risiko yang mereka sanggup terima. Data dihasilkan untuk menganggar tuntutan masa hadapan, biasanya dengan ketepatan yang boleh diterima. Sains actuarial menggunakan statistik dan kebangkalian untuk menganalisa risiko berkait dengan ancaman yang dilindungi, dan prinsip saintifik ini digunakan oleh yang menginsur, bersama dengan faktor tambahan, bagi menentukan struktur kadar premium.

Sebagai contoh, kebanyakan pemilik rumah persendirian membeli polisi insuran pemilik rumah dengan menandatangani kontrak membayar premium kepada syarikat insuran. Sekiranya berlaku kerugian yang dijamin, syarikat insuran diwajibkan oleh syarat kontrak untuk memenuhi tuntutan pepbeli insuran. Bagi sesetengah pemegang polisi, jumlah keuntungan insuran yang diterima daripada syarikat insuran akan melebihi jumlah premium yang dibayar. Yang lain mungkin tidak pernah membuat tuntutan atau menerima sebarang kebaikan selain ketenangan fikiran yang di berikan oleh jaminan polisi insuran . Apabila secara purata, jumlah kos tuntutan dibayar oleh syarikat insuran sepatutnya kurang berbanding premium keseluruhan yang dibayar oleh pemegang polisi insuran mereka, dengan perbezaan dikhususkan bagi belanja overhed dan keuntungan.

Syarikat insuran turut mendapat keuntungan pelaburan. Ia dihasilkan dengan melabur premium yang diterima sehingga ia diperlukan bagi membayar tuntutan. Wang ini juga dikenali sebagai 'apungan'. Pemberi insuran mampu mendapat keuntungan atau kerugian daripada pertukaran nilai dalam apungan termasuk juga faedah atau dividen pada apungan. Di Amerika Syarikat, kerugian penajaan jamin harta tanah dan korban syarikat insuran adalah sekitar $142.3 bilion dalam tempoh lima tahun berakhir 2003. Tetapi keuntungan keseluruhan untuk tempoh masa yang sama adalah $68.4 bilion, hasil apungan. Sesetengah orang dalam industri insuran, terutamanya Hank Greenberg, tidak percaya bahawa ia tidak mungkin untuk mengekalkan keuntungan daripada apungan tanpa keuntungan jaminan taja juga.